Review: Annabelle Creation & MMCineplex Platinum Movie Suites, eCurve - Prettily Rare

Sunday, 10 September 2017

Review: Annabelle Creation & MMCineplex Platinum Movie Suites, eCurve

Salam,



Harini kita nak cerita tentang pengalaman menonton Annabelle Creation di MMCineplex Platinum Movie Suites.




Huhuhu...Bahagia je bila dapat jemputan wayang free untuk media dan blogger. Dekat Platinum Movie Suites pula tu. Thanks Sam sebab sudi jemput kita untuk Media Popcorn dan beri peluang untuk kita buat media relations dengan para-para otai media.

Kelas, e-invitation dia pon cantik. Simple and sweet

Kenapa tajuk kita juga review MMCineplex Platinum Movie Suites? Sebabnya kita rasa idea tengok wayang di Platinum Movie Suites ni memang sesuai sangat untuk dipraktikkan kalau nak adakan program Media popcorn, mini gathering, birthday celebration dan lain-lain, Sangat eksklusif gitu. Asyik buat birthday bash kat restoran je. Boring juga kan? Sekali-sekala movie bersama-sama, book the entire hall untuk tonton sesama bestfriend dan family pun sesuai sangat!

Sebelum movie start, biasalah. Kami akan mingle around dengan semua jemputan yang hadir. Ramai editor, reporter dan produser dari stesen-stesen TV dan suratkhabar yang datang. Memang powerlah PR Puncak Niaga ni. Dapat je jemput otai-otai yang biasanya schedule mereka tersangatlah pack.

Jom tengok sat cemana rupa MMCinpelx Platinum Movie Suites ni:

Cantik kau...depan tu siap ada lounge tempat lepak-lepak

Untuk makluman, Hall Platinum Movie Suites ni boleh memuatkan dalam 24 orang. Kerusinya boleh diadjust sehingga menjadi posisi baring. So sememangnya sangat selesa sekali bagaikan tengok kat rumah.

Yang best lagi kalau tengok movie kat MMCineplex Platinum Movie Suites ni, tak payah susah-susah nak bawak jaket lebih bagai. Sebab dalam pakej yang Puncak Niaga amik ni, diorang dah amik pakej selimut, popcorn, air mineral ngan hot drinks gitu.


Baru lagi, tak ramai orang lagi. Tau-tau dah full house je
Selimut. Uhuhu...siapakah manusia betuah akan duduk sebelah kita? Jeng jeng jeng
Selfie sat sementara menunggu manusia misteri

Kalau korang agak-agak nak order makan ke apa-apa pun boleh. Semuanya ikut bajet dan tema event korang pada haritu.

Kalau berminat nak wat event kat sini boleh contact MMCineplex kat 03-7727 0724 atau emel mereka kat corpbookings@mmcineplexes.com  .

Apa? Nak tau websites? Hishh.. Nah: MMCineplex Platinum Movie Suites

Okay, sekarang kita citer fasal Annabelle Creation pulak. Kalau korang tak pnah miss tengok citer Annabelle Creation sebelum-sebelum ni. Ha, kenalah tengok Annabelle Creation jugak. Mana boleh miss? Tapi kalau tak follow dari awal, pun boleh juga tengok citer ni. Sebab pengarah yang bijaksana ni pandai menyusun citer sehingga citer ni stand alone pun tetap faham jugak.

Annabelle Creation ni mengisahkan citer cemana leh wujudnya patung durjana berhantu setan yang dinamakan 'Annabelle' ni. Dan secara tak langsung mengaitkan dengan kisah pembunuhan ngeri dan seram pada 1967. Pembunuhan apa? Pembunuhan ibu bapa angkat Annabelle oleh Annabelle (si anak angkat durjana) dan boiprennya. Ni kisah benar. Annabelle ni memang kacang lupakan kulit. Penatlah mak bapak angkat limpahkan kasih pada dia, besarkan dia. Tapi dia bukannya reti bersyukur. Dah la tubuhkan kumpulan sembah setan (Satanic Cult), malah bunuh mak bapak angkat dia dengan kejam sekali.

Kisah ni juga ceritakan cemana setan boleh mula menghantui patung ngeri bernama Annabelle tu (walaupun hakikatnya patung sebenar Annabelle alahai comelnya) Biasa orang melayu kata bila kita dok puja-puja sesuatu benda ni, ha! Setan mulalah datang menumpang kan. Kiranya camtulah kisah dalam Annabelle Creation ni. Bila parents 'Bee' kehilangan anak dia secara mengejut, diorang tak tahan rindu kat anak dan mulalah melakukan perbuatan syirik dengan memanggil/menyeru roh anak mereka. Last-last skali roh anak ntah ke mana, ntah apa plak yang hinggap kat patung tu. Hishhh....seram mak!

Secara keseluruhannya, susunan citer ni dapat mewujudkan suasana seram. So bila ada je adegan-adegan ngeri, satu hall tulah berbunyi pekikan, makian dan sindiran. Ahahahhaa... Biasalah. Kalau watak dalam citer tu bijak benau, dah tak jadi dah citer seram yang korang tonton ni. Takyah marah watak tu bodoh, dah memang camtu citernya...And dah memang director ngan scriptwriter suruh wat lagu tu... So korang relax-relax sudah... takyah emosi kecuali emosi seram..

Kakak bagi 7/10 bagi citer Annabelle Creation ni. Sebab bagi kakak, tak cukup menakutkan lagi. Keh keh keh. Masih tak mampu membuatkan kakak berselubung je dalam selimut tebal yang diberi free tu.

Tapi good job kepada pihak Puncak Niaga sebab dengan Sesi Media Popcorn ni, semua otai-otai media dan blogger cenonet macam saya dapat saling berkenalan dan release tension. Nanti jemputlah lagi naaaa~~~





Gumbira

Baca juga:


8 comments:

  1. Waaahhhh...tak sabar nak gi tgk Anabelle!

    ReplyDelete
  2. kalau selesa mcm tu mmg puas hati lah tengok wayang

    ReplyDelete
  3. bestnya, tapi Qiss takut tengok cerita hantu..hahaha

    ReplyDelete
  4. info yang menarik

    www.kickstory.net

    ReplyDelete
  5. wah bestnya hall dia. saya paling advance pun seat beanie je prnah try. tu pon kawan belanja

    ReplyDelete
  6. wow.. ni lah ye yang sebelum tengok Malay Regiment tu? Hall dia cantik

    ReplyDelete
  7. best la dapat tengok wayang sambil baring2 gitu... :)

    ReplyDelete