Hotels.com Tawarkan Diskaun Menerusi Kempen 'Half The Fun of Travel' - Prettily Rare

Tuesday, 5 September 2017

Hotels.com Tawarkan Diskaun Menerusi Kempen 'Half The Fun of Travel'

Salam semua,

Harini kita nak cerita pengalaman blogger event pertama kita. Dah 5 tahun menulis akhirnya buat kali pertamanya kita telah dijemput oleh Involve Asia untuk ke blogger event pertama kita iaitu Kempen 'Half The Fun of Travel' oleh Hotels.com.



Untuk makluman, Hotels.com ni salah satu platform pencarian penginapan. Dengan adanya Hotels.com, korang ada lebih banyak pilihan untuk tawaran penginapan yang terbaik selain platform-platform yang sedia ada seperti Agoda.com, Booking.com, AirBnB, Trivago dan banyak lagi.

Sebagai seorang pelancong tegar yang at least akan melancong sekali setahun ke luar negara dah beberapa kali di domestik setahun atas urusan peribadi dan kerja, adalah wajib bagi kaki travel macam hakak ni untuk tahu semua-semua platform ini dan buat perbandingan. Kalau korang semua nak jadi pengguna bijak, memang wajib ambil tahu juga.

Apa? Tak tahu? Ha... Baik korang baca terus untuk tahu lebih lanjut. Sebab  biasanya untuk menarik pelanggan, lain platform akan mempunyai tawaran diskaun dan harga yang berbeza. Kalau rajin dan bertuah, mesti akan dapat penjimatan yang ekstra. Mudah je caranya, cuma kena rajinkan diri dan invest sedikit lebih masa sahaja.
                               

Berbalik kepada fokus kita hari ini iaitu kempen 'Half The Fun of Travel' oleh Hotels.com,, semua pengguna berpeluang untuk dapatkan diskaun 8% untuk tempahan Penginapan di SELURUH DUNIA menggunakan kod kupon FALLINLOVE. Kalau guna apps pula, korang boleh dapat diskaun yang lebih iaitu sebanyak 10% diskaun dengan mengunakan kod kupon LOVEMOB. Tapi tawaran ni dengan syarat korang kena book sebelum 30 November 2017. Hah! Apa lagi? Siapa yang dah plan nak cuti panjang bulan 12 dan tahun depan boleh cepat-cepat grab peluang ni. (*Untuk T&C penuh, sila rujuk laman web Hotels.com di SINI

Okay, berbalik pada event tersebut, hakak dibenarkan untuk membawa 1 orang kawan lagi. Kakak pun bawalah kawan baik sejak universiti lagi. Wohooo!


Sangat teruja dengan kempen ni sebab selain daripada perkongsian menarik daripada Pengarah Pemasaran Serantau Hotels.com, Jessica Chuang dan jurucakap Hotels.com iaitu Elfira Loy, para blogger juga diberikan banyak tips-tips menarik berblogging daripada wakil Involve Asia.

Nilah wajah pengarah dan jurucakap Hotels.com

Somehow, kakak setuju dengan apa yang Hotels.com kongsikan di mana separuh keseronokan melancong ni sebenarnya waktu kita sedang merancang percutian dan perjalanan kita. Sebab kita mestilah akan susun ikot kehendak dan kegemaran kita kan? So jadinya memang excited lah manjang sampailah hari betul-betul kita travel. Kih Kih kih.... Hakak lah salah satu seorang yang memang akan tak senang duduk setiap kali dah plan itinerary untuk ke mana-mana.

Hotels.com ni pun sangat prihatin, diorang memang ada usaha nak tarik pelanggan sebab diorang ada wat kaji selidik tentang consumer behaviour di mana diorang dapati:

  • Rakyat Malaysia utamakan ketermampuan, pengalaman baharu dan kecantikan bergambar berbanding faktor pengembaraan lain dalam memilih destinasi percutian
  • Rakyat Malaysia meyakini ulasan dalam talian – 82 peratus rakyat Malaysia dipengaruhi sedikit sebanyak oleh ulasan dalam talian apabila membuat keputusan melancong
  • 65 peratus pelancong milenial meluangkan masa lebih dua jam untuk meninjau pilihan penginapan – 11 peratus meluangkan masa lebih 10 jam
  • Selera orang Malaysia tidak berubah di luar negara – 98 peratus pelancong meluangkan masa mencari restoran Asia
  • Pelancongan halal – 97 peratus pelancong Muslim meluangkan masa mencari pilihan menjamu selera yang halal sebelum perjalanan mereka  

Sedikit perkongsian tentang berblogging oleh wakil Involve Asia pula:
  • Content yang menarik adalah lebih penting untuk menarik pembaca. Menurut wakil Involve Asia, anda mungkin akan cemburu dengan blogger yang dapat bayaran untuk menghasilkan post. Tapi jika kita tumpukan fokus untuk menghasilkan content atau kandungan yang menarik, hasilnya akan lebih mengagumkan apabila kita dapat kumpul viewership yang tinggi di kemudian hari.
  • Hasilkan niche content yang biasanya takkan dicover oleh blogger-blogger ternama. 
Baiklah, sekian perkongsian kali ini.... Nak share pula gambo-gambo sekitar event:


Khusyuk Elfira bercerita

Selfie skit...
Blogger Emas Putih pun ada. Comel je orangnya.

1 comment:

  1. Bagus tips untuk blogger tu, Qiss cuba untuk dapatkan content yang menarik. Nanti boleh try Hotels.com pula untuk berjimat.

    ReplyDelete