Saturday 30 September 2017

Pelbagaikan Sumber Pendapatan Satu Keperluan Masa Kini...

September 30, 2017 18
Pelbagaikan Sumber Pendapatan Satu Keperluan Masa Kini...

Hai semua,

Salam kewangan. Haha.. Okay, mulai harini kalau nak cakap fasal duit je kita cakap salam kewangan. Pekabo kewangan anda? Macam yang kita cakap dalam topik sebelum ni, dua je cara untuk memastikan status kewangan kita sentiasa sihat. 1. Tambahkan pendapatan 2. Kurangkan perbelanjaan. Apa? Terlepas topik tu? Baca di SINI

Tapi yalah, tau-tau jelah kan. Bagi mereka yang ada komitment tetap seperti  komitment keluarga, pinjaman pelajaran, pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya, tak banyak perbelanjaan yang boleh dikurangkan sangat...So caranya? Memang nak tak nak kenalah tambah pendapatan. Kenalah buat lebih daripada kerja hakiki. Menteri pun kata kenalah buat keje part time, katanya! Hidup kena proaktif gitu... Haish!

Senang kata sekarang ni, satu pendapatan sahaja memang tak mampulah nak menampung perbelanjaan yang semakin meningkat. Kalau harap gaji yang naik 5% setahun, memang sah-sah tak mampu nak catch up dengan kadar inflasi yang meningkat lebih daripada 7% setahun. Tu inflasi. Tak tambah lagi kos anak membesar, insurans bla bla bla dan sebagainya. Pastu takkanlah hidup ni nak keje, keje, keje je... Mestilah nak juga berhibur, melancong, tambah aset dan macam-macam lagi.

Jadi, topik hari ini kita nak bincangkan, cemana? Cemana nak tambah pendapatan? Ha... teruskan membaca. Kita cakap dulu tentang cara yang lazim dan popular dilakukan untuk jana pendapatan tambahan dan pelbagaikan sumber pendapatan:

1. Melabur 
Melabur ni pelbagai cara., saham, FOREX, emas dan macam-macam lagilah. Keuntungan kita dapat sama ada daripada interest, dividen ataupun dalam konteks hartanah, lebihan pendapatan dari sewa aka sewa tolak pinjaman. Tapi korang pun tahulah, nak melabur, kenalah ada $$$.... 
Sikit lama-lama jadi bukit
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

2. Freelance
Ni biasanya untuk mereka yang boleh tawarkan perkhidmatan dengan kebolehan dan bakat mereka.
Biasanya buat design, terjemahan, menulis, fotografi, mengacara. Ada juga yang berjaya dalam kerja freelance mereka sampai last-last jadi full time terus. Sebab pendapatan dah mahsyuk
source of income
Kerja freelance pun boleh

3. Berniaga
Ha, ni korang takkan tak tahu kan? Dengan adanya internet sekarang ni, semakin mudah kita untuk meniaga. Kalau dulu meniaga kena ada tapak, ada kedai, ada gerai, warung bagai, sekarang semua boleh di hujung jari. Banyak pula platform meniaganya. Blog, instagram, media sosial, semuanya boleh dijadikan platform meniaga. Best kan? Berniaga boleh sama ada dengan borong dan jual secara runcit, hasilkan produk sendiri atau memasak, baking, buat kuih dan sebagainya.
marketing plan
Bisnes sebagai punca pendapatan

4. Kerja Sampingan
Kerja sampingan ni mesti korang tahu, selain daripada kerja hakiki, korang juga boleh kerja sambilan during weekend atau waktu lapang. Biasanya retail lah banyak offer kerja sambilan or sampingan ni.  Kalau korang pandai mengajar, boleh juga mengajar tuisyen, menari, personal trainer dan lain-lan. Kalau dulu orang buat kerja sampingan dengan bekerja hujung minggu saja, sekarang bila-bila masa juga boleh buat kerja sampingan, asalkan kita free. Contohnya, buat part-time Uber dan Grab. Teknologi memang memudahkan kan?
jana pendapatan
Kerja sambilan pun boleh

5. Hartanah
Ha, ni best. Semua orang mesti idam-idamkan  hartanah milik sendiri kan? Kalau ada duit lebih, bolehlah melabur dalam hartanah. Sama ada beli kemudian jual ataupun beli untuk disewakan, semuanya boleh jana pendapatan pasif untuk korang. Teballah sikit poket tu.
side income
Sewakan rumah yang ada

6.Online platform
Last but not least, you have to be smart to monetize everything that you have. Platform online macam blogger, wordpress, instagram, facebook semuanya boleh jana pendapatan untuk korang asalkan korang tahu macam mana nak hasilkan duit daripada platform tersebut. 
Generate income
Social media as another way to generate income

Kuncinya dan pokoknya, kenalah rajin-rajin cari cara untuk jana pendapatan atau hasilkan pendapatan tambahan. Macam mana? Tanya orang,  build network and connection, minta tunjuk ajar, banyakkan membaca, banyakkan ke kursus. Tambahlah pengetahuan dan ikhtiar...

Oh ya, lagi satu, jangan terlalu desperate untuk jana income sampai terlibat dalam PONZI Scheme, money game, MLM dan sebagainya.  Ramai yang kita nampak tertipu kerana nak sangat kaya cepat dan tak mahu berusaha. Sampai pinjam riban-riban untuk kononnya berankkan duit, tapi last-last kena con.


Tuesday 26 September 2017

Dapatkan Vivo V7+ Dengan Tawaran Menarik di Senheng/SenQ

September 26, 2017 12
Dapatkan Vivo V7+ Dengan Tawaran Menarik di Senheng/SenQ

Psstt....



Nak citer sikit ni....Korang pun tahu kan, baru sebentar tadi Vivo V7+ telah selamat dilancarkan di Malaysia... Kalau korang peminat telefon pintar Vivo yang mengambil Siti Nurhaliza sebagai jurucakap ni, mesti korang tahu telefon Vivo V7+ ni telah dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 September 2017 (harinilah tuuuu) dengan harga RM1499. Warna yang ada? Vivo V7+ Gold dan Vivo V7+ Black seperti di bawah ni:





Pergh! Vivo V7+ ni kalau korang nak tahu adalah salah satu telefon yang tersenarai  sebagai the Perfect Selfie Handphone dalam Tech Nave . Kalau korang sukakan selfie, memang telefon pintar ni tercipta untukmulah! Keh keh keh...

Apakah keutamaan yang korang titikberatkan sewaktu beli telefon pintar? Kalau kita nak beli handphone, kita akan tengok memory dan functionality telefon pintar tu. Yang lain secondary. Tapi tu semua terserah pada koranglah kan, jom jenguk apa kelebihan Vivo V7+ ni:


Sumber: TechNave

Masa nak tulis entry ni, kita tanya kawan, apa yang korang pertimbangkan masa nak beli handphone? Jawapan dia straightforward sungguh. DUIT katanya.... adeh! rasa macam terkena den! Kalau duit adalah isu utama korang dalam pembelian telefon, dan korang sangat-sangat pentingkan warranty, korang memang patut sangat check out pakej menarik yang ditawarkan oleh Senheng atau SenQ:



Bagi mereka yang tak terasa sangat untuk keluarkan RM1,499 sekelepuk sekaligus, korang bolehlah terus buat pembelian di Senheng/SenQ tetapi bagi mereka yang kekurangan wang tapi nak juga merasa pakai telefon pintar baru ni, korang boleh juga buat Instalment sehingga 24 bulan dengan Senheng dan SenQ menerusi Maybank, Maybank AMEX, Publik Bank dan juga HSBC.

Eh, tapi kalau camtu je, apa yang istimewanya buat pembelian pre-order Vivo V7+ di Senheng dan SenQ ni pulak? Aha! Nilah nilai tambahan yang korang kena tahu. menerusi pakej pre-order di Senheng dan SenQ, pembeli dapat menikmati satu tahun warranty tambahan dengan hanya menyertai keahlian PlusONE. Macam mana nak jadi ahli PlusOne ni? Mudah saja, yuran keahlian cumalah RM12 ringgit. Makanya, warranty tambahan setahun ni, korang cuma bayar RM1 sahaja untuk satu bulan. Berbaloi-baloi sungguh! Ni macam beli insurans oooi.... Kalau apa-apa jadi kat telefon korang dalam tempoh tu, no worries... Kan ada warranty.

Oh, kalau korang dah pun jadi ahli Plus One,  mudah sahaja, apa yang korang perlu buat adalah": korang hanya perlu log on ke seheng.com.my atau senq.com.my sebelum membuat pesanan pra-pembelian untuk mendapatkan warranty tambahan 1 tahun ini.

Semua pra-pembelian ini akan dihantar terus ke depan rumah anda secara PERCUMA!! Apa? saya ulangi, penghantara pra-pembelian menerusi Senheng dan SenQ ini adalah PERCUMA!! Yeay!! Tak payah susah-susah cari parking bagai nak beli.

Tergoda tak? Kalau tergoda, cepatlah layari Senheng/SenQ Vivo V7 Deals

Bagi mereka yang cuma nak upgrade dan trade in handphone pula, jangan risau. Kalau telefon yang nak ditrade in tu korang beli kat Senheng, eh.. .korang layak untuk dapat rebate untuk beli Vivo V7+ ni. Caranya? Layarilah http://www.senheng.com.my/trade-in-rebate



Monday 25 September 2017

Prettily Rare Kini Tampil Dengan Domain dan Wajah Baru

September 25, 2017 8
Prettily Rare Kini Tampil Dengan Domain dan Wajah Baru

Hai semua,



Apa khabar? Bagaimana bulan September kamu semua? Membahagiakan? Bulan September kita tahun 2017 ni banyak sangat ujian, dugaan dan juga kejutan.

First sekali pada 30 Ogos 2017 yang lalu, prettilyrare.blogspot.my telah secara rasminya bertukar kepada www.prettilyrare.com. Yeay!! Akhirnya setelah 4 tahun menulis blog. Blog telahpun berdomain dot.com. Kisahnya setelah berzaman kita menulis blog,  dapat juga invitation sebagai blogger daripada Involve Asia. Sangat terharu. Dan atas galakan seorang blogger yang sangat 'encouraging' serta bantuan Sis Hawa dari Sis Hawa.Com, maka bermulalah perjalanan blog Prettily Rare di atas domain dot.com. Thanks both of you.

Kemudiannya pada semalam iaitu 25 September 2017, Prettily Rare akhirnya juga berbaju baru. Juga atas bantuan Sis Hawa dari www.sishawa.com di mana beliau juga telah mereka rekaan dan susunan template terbaru Prettily Rare. Layout terbaru Prettily Rare ni bersifat responsive. Apa tu responsive template Korang Google jelah.. Keh keh keh...

Macam mana kita kenal Sis Hawa? Sebenarnya semuanya secara kebetulan. Mungkin itulah dikatakan takdir. Masa sibuk membelek group-group blogger yang ada, Sis Hawa telahpun menambah kita sebagai rakan di Facebook. Kita pun secara tak langsung meluluskan permintaan menjadi rakan dan dapati bahawa Sis Hawa ada menawarkan perkhidmatan set up domain dan rekaan baru blog. Lama juga baca entry-entry lama Sis Hawa sambil-sambil membelek rekaan-rekaan blog yang pernah dibuatnya. Kemudian barulah kita bertegur dengan Sis Hawa menerusi Facebook Messenger.

Sis Hawa memang seorang yang peramah sekali. Orangnya mudah disenangi. Mula-mula ingatkan nak tukar domain je. Tapi bila Sis Hawa tawarkan design baru blog dengan harga tak masuk akal. Uish... Teruslah kita grab. Kita nak servis tambahan buat button menu pun Sis Hawa boleh buatkan. Maka berhip-hip hooray lah kita. Weeee!!

Walaupun Sis Hawa merupakan seorang surirumah  dan blogger sepenuh masa, tapi bagi saya memang salute sebab dia mampu uruskan suami, anak-anak, keluarga, blog, client dan macam-macam lagilah dalam satu masa. Nilah contoh-contoh ibu-ibu bertaraf Supermom. Sebagai seorang mak, kita tahu betapa penat dan mencabarnya nak buat semua ni dalam masa 24 jam. Tapi dari gaya Sis Hawa, boleh nampaklah dia uruskan semua dengan baik sekali.

Sebenarnya kita agak cerewet juga kot... Tapi Alhamdulillah Sis Hawa saboooo je melayan pertanyaan dan kerenah kita yang tak berapa pandai terma-terma design dan teknikal ni. Main sebat je, main belasah je. Sudahnya jadi miscommunication. Haish... Mesti terpinga-pinga Sis Hawa berkomunikasi dengan kita.

Jadi pada rakan-rakan blog lain yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan tukar domain or blog design daripada Sis Hawa, bolehlah jenguk beliau di blog beliau ataupun Facebook beliau ya... Sis Hawa juga ada beberapa perkhidmatan lain. Leh check it out juga!

Jadi mari kita jenguk2 gambar sebelum website kita direvamp:

Okay kita tau...tak cantik... Nampak meh sangat...
Oleh kerana kawan yang bagi komen pun buat kita sedih je. Jadi kita upload sekeping sudehlah. Perkara yang sudah jangan dikenang kannnn....

Jadi bagaimana pula dengan sekarang?

Eh... tengoklah sendiri... Keh keh keh...


Nampak lebih kemas dan tersusun... 
Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang banyak membantu, memberikan galakan serta sokongan pada kita selama ni. Thanks juga semua readers Prettily Rare. Muah!

Oh, siapa belum join blog give away Prettily Rare, mohon rajin-rajinkan diri ya?

Ni linknya:

Blog Giveaway Prettily Rare

Monday 18 September 2017

Expense Aplikasi Terbaik Pantau Kesihatan Kewangan

September 18, 2017 14
Expense Aplikasi Terbaik Pantau Kesihatan Kewangan

Salam kewangan semua,


Wah! Gitu...Mentang-mentanglah nak buat entry fasal kewangan, terus kita salam kewangan pada korang-korang semua. Kali ini kita nak cerita tentang kewangan. Apa khabar kesihatan kewangan korang? Mesti bila bicara je tentang kewangan, ramai yang mula mengeluh, tak pun mulalah buat muka berjaga-jaga, sebab fikir, eh, ko kenapa nak menyibuk hal kewangan orang.

Tak, tak... Kita tak nak menyibuk pon. Nak inform je. Ada satu aplikasi telefon pintar yang sangat sesuai untuk semua golongan lapisan untuk mula celik kewangan atau jejak kewangan mereka. Bukanya apa, kita rasa selama ni topik kesihatan kewangan ataupun topik kewangan peribadi seolah-olah menjadi taboo perbualan sesiapa pun. Semua sensitif je bila nak ungkit topik ni. Kenapa? Sebab ada yang malas nak fikir, ada yang rasa malu, tak selesa nak berkongsi, ada yang rasa tak penting, tak kurang juga yang rasa mereka tak mampu nak ubah status kesihatan kewangan dia, so malas nak cakap.
Ni ha logo aplikasi tu. Pocket Expense namanya. Tapi dalam henpon tulis Expense je

Secara peribadi, kita rasa ilmu pengurusan kewangan ni perlulah dititikberatkan sejak dari kecil dan patut dijadikan salah satu silibus pelajaran sejak dari sekolah rendah lagi. Malah, mak bapak pun kena ajar cara dan konsep pengurusan kewangan sejak anak-anak kecil lagi.

Ni antara apa yang anda boleh ajarkan kepada anak kecil tentang perngurusan kewangan


Sejujurnya kita bertuah sebab kita banyak belajar tips pengurusan kewangan daripada kakak kita yang pada waktu tu, seorang akauntan dan sekarang Alhamdulillah seorang pensyarah dalam bidang kewangan Islamik. Daripada dia kita belajar banyak tentang konsep pengurusan kewangan. Dan daripada kita serta bahan-bahan bacaan lain juga kita sedar, bukan muka badan wajah rambut je kena sihat, kewangan pun kena sihat juga. Bukan saja muka kena cantik, CTOS CCRIS pun kena cantik juga.

Antara tips-tips pengurusan kewangan


Kita ingat lagi, masa tu kita pernah tolong dia buat research tentang Personal Finance. Alangkah terkejutnya bila tahu kadar muflis di Malaysia adalah sangat tinggi dan bila dikaji, kebanyakannya berpunca daripada sikap individu sendiri di mana mereka:


  • Berhutang kerana dahulukan kemahuan daripada keperluan
  • Culas atau melewat-lewatkan pembayaran hutang/pinjaman
  • Tidak pandai menguruskan perbelanjaan
  • Mempunyai sikap acuh tak acuh atau kurang pengetahuan kesan hutang terhadap kesihatan kewangan mereka mahupun masa depan mereka
Jadi pokoknya di sini, salah satu teras untuk memastikan perbelanjaan kita diurus dengan rapi, kita perlu pastikan bahawa kita ada membuat rekod perbelanjaan wang iaitu money in and money out. Kalau kita rekod, barulah kita tahu mana duit kita pergi selama ni kan? Kalau tak, memanjang tak tahu. Memanjang rasa macam misteri nusantara. Maka selalulah terdetik: Eh, rasanya baru je aku keluar RM500 aritu, baru 2 hari dah habis?

Saranan peratusan perbelanjaan isi rumah

Untuk tahu sejauh mana kesihatan kewangan kita, kita kena timbang tara perbezaan antara pendapatan dan perbelanjaan Mudah je. Kalau pendapatan melebihi perbelanjaan. Tahniah! Kewangan anda berada dalam keadaan sihat. Tapi kalau perbelanjaan melebihi pendapatan, nampaknya ada masalah kewangan ni. Maka kita kenalah mula cari ikhtir untuk sama ada:

  1. Tingkatkan pendapatan
  2. Kurangkan perbelanjaan.
Jadi untuk ini, kita kenalah rajin rekod keluar masuk kewangan kita. Lagilah sekarang kita mempunyai bantuan teknologi untuk jejak perbelanjaan, apa lagi alasan kita untuk tidak berbuat begitu?

Jadi setelah membebel entah berapa perenggan, kita nak perkenalkan Pocket Expense With Sync. Satu aplikasi pengurusan kewangan peribadi yang sangat mudah untuk digunakan:

Tada... Nilah Expense dalam henfon kita


Ni rupanya bila buka


Warna dia biru gitu... Cantik je... Korang sangat bertuah sebab dulu Pocket Expense ni tak boleh sync. So bila henpon kita rosak je, habis semua rekod perbelanjaan kita terkubur walaupun penat je kita email orang Pocket Expense ni suruh recover. Tapi bila beli je henpon baru, kita terus download Pocket Expense With Sync ni. So, kalau henpon hilang atau rosak, tak perlu risau rekod perbelanjaan hilang. No more worries.

Jadi, jangan lupa untuk register akaun Pocket Expense ni untuk membolehkan ia diakses melalui emel atau Facebook dan bukannya di memori henpon. Nanti kalau apa-apa jadi kat henpon anda pun tak perlu risau:

Register jangan tak register

Lepas tu korang bolehlah mula add akaun. Kalau kita, kita suka add sumer akaun yang ada termasuklah Cash Money aka duit yang ada dalam dompet. So, apa-apa tak perlu buka dompet ataupun Maybank2u pon, buka Pocket Expense je dah tahu berapa harta yang kita ada:



Lepas dah siap add account, bolehlah korang set budget perbelanjaan pula. So takdelah nanti perbelanjaan melebihi budget pulak.




Lepas dah set semua ni, silalah rajin-rajin key in dan rekod setiap perbelanjaan yang korang buat. Hatta beli gula-gula RM1 pun rekod. Nanti barulah senang nak generate monthly dan yearly report untuk tahu kat mana kita bazirkan duit kita selama ni:

Jom tengok contoh laporan bulanan:


Inilah yang dikatakan teknologi memudahkan. Key in tetiap hari je kita dah tahu sama ada pendapatan kita melebihi perbelanjaan atau sebaliknya.


Lepas tu boleh pula tengok account summary daripada sepanjang tahun dan sebagainya:



Banyak lagi function daripada Pocket Expense yang korang boleh explore. Cumanya perlu diingatkan yang korang KENALAH rajin untuk key in setiap perbelanjaan tak kira sekecil mana pun. Jangan culas. Mula-mula memanglah malas, tapi bila dah jadi kebiasaan, korang pula yang rasa pelik kalau tak key in perbelanjaan.

Dan bagi kita salah satu kebaikan mencatat semua perbelanjaan ni ialah, bila kita tahu atau sedar ke manakah kita belanja duit kita selama ni, secara automatiknya kita akan jadi lebih berhati-hati dalam berbelanja. Yalah, kalau tengok-tengok report je perasan dah belanja RM1000 je untuk mekap. Tak ke telan air liur? Pulak tengok baki akaun tak mampu bertahan sampai hujung bulan.

Oh ya, aplikasi ni kalau search kat Google Play susah nak cari, jadi terpaksalah kita tepek link Pocket Expense With Sync tu kat entry ni.

Sebelum kita sudahi entry ni, nak berterima kasih kepada bekas jiran sebelah meja kita Encik Ramzi yang perkenalkan aplikasi ni kat kita. Kisahnya kita nak start semula untuk track expenses macam dulu dengan menggunakan buku nota, tapi dia kongsikan cara genius dia track perbelanjaan dengan menggunakan aplikasi ni. Malah menurut Ramzi, antara semua aplikasi expenses yang ada, yang ni paling mudah digunakan dan paling comprehensibe. Tu kata Ramzilah. Dia tu akauntan. Dah dia kata dia dah cuba semua, kita percaya je kat dia.

Babai semua, diharap perkongsian ini akan memudahkan anda untuk merekod dan mengurus perbelanjaan dengan lebih efisien. Semoga semua lebih celik kewangan dan titikberatkan kesihatan kewangan masing-masing.

OXOXO

Sunday 17 September 2017

Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak Corner, Sungai Besi

September 17, 2017 24
Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak Corner, Sungai Besi

Salam semua,

Harini kita nak rekemenkan mi kolok yang paling sedap kita rasa. Bukan kita je rekemen... Kawan kita anak jati Sarawak pun rekemen. Dia je yang dari kecik makan mi kolok sampai besar. Dia jelah tau apa rasa mi kolok asli Sarawak. Kita Sarawak pon tak pernah sampai lagi. Uwa!!!

Kalau korang nak tahu, kita pun baru-baru ni je gila makan mi kolok ni... Semua ni sebab kena racun ngan si orang Sarawak... Cis! Dah asyik termimpi-mimpi mi kolok mi kolok je
Ni antara koleksi makanan Sarawak yang korang boleh dapatkan di Salted
Sebenarnya selain mi kolok banyak je koleksi makanan Sarawak yang sedap-sedap. Antaranya laksa Sarawak,  Mi Jawa, mi kolok dan macam-macam lagi. Salah satu tempat yang korang boleh jenguk makanan-makanan Sarawak kalau korang berada di kawasan Damansara adalah di SALTED .  Ni dekat ngan ofis, selalu officemate suka sangat datang sini.

Berbalik pada topik mi kolok kita, mi kolok ni ada dua perisa. Satu mi kolok ayam satu lagi mi kolok daging. Specialnya mi kolok ayam kat Dayang Sarawak Corner ni sebab ayam yang dia guna ayam cincang. Sebelum ni kita pernah makan mi kolok ayam yang ayamnya dihiris...sama macam mi kolok daging. Yang tu pun sedap juga. Kita makan kat Puchong, kedai tu namanya DapoPuro. Nak try mi kolok sedap atau makanan Sarawak asli di Puchong boleh follow mereka di SINI

Tapi kalini kita nak rekeman Dayang Sarawak Corner. Kedai ni terletak kat Food Court di area Sungai Besi je.  Ada LRT lagi kat situ kalau nak mai naik public transport: Nama stesen LRT Sungai Besi. Turun jalan skit je dah sampai.

Inilah gerai Dayang Sarawak Corner. Gerai Nombor 4. Tekun je kakak tu sediakan mi kolok.


Biasanya weekend je kita akan datang Sungai Besi ni, hari kerja tak kuasa mak memandangkan opis kita kat Damansara. Setiap kali datang memang ramai betul orang. Ramai orang je manjang.Bukan je orang Melayu, bangsa lain pun ramai datang. So memang terbuktilah kesedapan dan keenakannya sampai boleh memikat hati, perut dan anak tekak semua kaum dan bangsa. Tapi walaupun ramai, tak perlu risau perlu beratur panjang. Makanan pun cepat je sampai. Servis tip top dan terbaikkkk!!



Tu dia, yang nak tapau pun ramai.
Menurut Sepul, anak jati Sarawak kelahiran Kuching, bukan sahaja mi koloknya sedap. Laksa Sarawak dan kuih-muih Sarawak yang lain pon asli dan sedap bangat. Kita tak pernah lagi try Laksa Sarawak, sebab setiap kali datang nak makan laksa je, hati tetap terpaut kat mi kolok juga.. Cis!! Tapi kalau Sepul dah bagi cop mohor sedap kat Laksa Sarawak tu, korang tak yah risau. Mesti double thumbs up punya.

Antara menu-menu yang ada. Sesuailah tu. Orang Sarawak ngan menu Sarawak.

Menu air pulakkk!
Kalau tengok menu minuman dia pun, uiyooo. Punyalah variety. Antara yang kita rasa istimewa sebab lain daripada yang lain adalah Apple Susu ngan Extra Joss susu. Ek eh... Bila kita type entry ni baru pasan dalam menu ni takde menu minuman yang kita nak rekemen.

Apa yang kita nak rekemen tu? Aha! Three Layer Gula Apong. Dah lama dah dok ushar-ushar Three Layer Gula Apong ni. Yerlah, biasa three layer kan pakai gula melaka je. Tapi orang Sarawak guna Gula Apong. 

Sebenarnya selama ni tak terorder-order Three Layer Gula Apong ni sebab kita jenis tak makan makanan berat bersulamkan air manis. Terutamanya air yang bersusu. Sebab nanti cepat kenyang. Air manis ni ibarat dessert je untuk kita. Unless air buah. Tapi sebab nak tulis entry ni, kita pun coba!

Tada!! Dah sampai dah makanan kita:

Masa sampai tu pada pandangan mata kita nampak macam nilah tastynya makanan tu
Tapi tanpa special effect, camni je sebenarnya rupa dia.
Terliur tak bila korang tengok gambar tu? Kah kah kah! Saja je nak buat perbandingan. Mi kolok yang sebenarnya serta mi kolok pada pandangan mata kita. Dari kaca mata kita, memang nampak macam ada special effectlah. Tasty lain macam.

Kita order Mi Kolok Ayam Special, Sayur Sawi dengan Three Layer Gula Apong. Sepul plak order Mi Kolok Daging.


Aish.. Sepul ni amik gambo artistik sangat. Mangkuk pon tak abis snap.

Kalau korang nak tahu rasa mi kolok ni cemana, bagi kita rasa dia macam ala-ala IndoMi goreng tu. Cuma yang tu kan gelap pakai kicap. Yang ni entah dia pakai bumbu apa. Tak gelap tapi cukup rasa. Yumss.. Lagipun mi kolok bukan mi segera... Tentulah lagi berkhasiat. Ye dak? Lagipun dari tekstur dan warna dia, kita syaki mi yang digunakan untuk wat mi kolok ni, mi telur. Biasa Chinese suka pakai mi telur ni. Banyak pakai telur. Kira proteinlah. Bukan mi tepung. So acah-acah lagi kurus la kengkononnya. Choy!

Kalau korang suka pedas. Leh campur dengan sos cili merah or kicap cili blend. Kicap cili blend dia macam kicap cili Johor. Tu yang kita suka kot....

Oh ya, kalau nak merasa kuih bongkol Sarawak pun boleh didapati di sini. Yums!


Nilah rupa kuih bongkol
Ha, tergodak tak? Kalau rasa-rasa nak terjah or nak contact owner, sila rujuk gambar di bawah:

Namecard owner yang diceduk dari instagramnya.

Kesimpulan kita setelah berkali-kali ke sini. Kedai ni memang patut masuk blog kita untuk diperkenalkan kepada masyarakat umum. Dahlah murah, sedap, servis tip-top pulak tu! Apa lagi yang rakyat Malaysia mahu?

Tunggu apa lagi? Jom laju-laju follow Dayang Sarawak Corner di Instagram


OXOXO

Friday 15 September 2017

Giveaway dari Alia Farhan

September 15, 2017 11
Giveaway dari Alia Farhan

Hai semua,

Ni first time kita join blog giveaway. Kalau korang nak cuba nasib, why not? Boleh check out blog Alia Farhan kat SINI. Lagipun caranya mudah je. Just copy and paste.. Kemudian pray hard... Manalah tau rezeki.

So, inilah giveaway from Alia Farhan:

Jom mai join giveaway dari kami ni



Hampa cuma perlu :

*paste kan entry ni dekat blog hampa 


* follow @aliafarhan

*follow @aliafarhansaid

* follow @scandi_scandu

* komen DONE dengan paste entry hampa na.

GA ni akan berakhir  30 September

DUA Pemenang akan diumumkan 1 October

Pemilihan pemenang menggunakan Random.org



Thank you.

💋💋💋


Biasanya orang kata first timer ada first timer luck. Huhuhu.... Diharap begitulah hendaknya!


Oh ya, kita pun ada blog giveaway kita juga, marilah join:

Giveaway by Prettilyrare

Da~~

Monday 11 September 2017

Blog Giveaway Sempena Ulangtahun Yang Ke-4 Prettilyrare

September 11, 2017 9
Blog Giveaway Sempena Ulangtahun Yang Ke-4 Prettilyrare

Hai semua,

Sempena ulangtahun penubuhan blog Prettilyrare yang ke-4 dan birthday kita yang ke-32, kita nak buat satu giveaway, khas untuk para pembaca blog Prettilyrare.



Untuk makluman, kita selalu juga melancong dan kongsikan pengalaman di dalam blog dengan harapan dapat membantu pembaca-pembaca lain untuk merancang perjalanan mereka ke tempat tu dengan lebih baik.

Tapi, terdetik juga dalam hati kita, ada segelintir pembaca yang hanya baca kerana mereka sukakan tulisan kita. Ataupun mereka nak rasai pengalaman melancong dengan membaca kerana masih belum ada rezeki untuk ke sana.

Jadi, kali ni kita nak sharekan kegembiraan melancong kita dengan mengadakan satu giveaway special kepada para pembaca blog Prettily Rare sebagai tanda terima kasih atas sokongan korang selama ini.

Untuk giveaway yang pertama ini, kita akan berikan hadiah istimewa kepada 3 pembaca yang bertuah.

Satu pembaca istimewa akan diberikan satu buah tangan yang kita pilih khas dari destinasi pelancongan kita yang seterusnya. (Cuba teka di mana?)  Manakala dua lagi pembaca akan diberikan baucar AEON Jusco bernilai RM50 setiap seorang.




HADIAH


1 X PEMBACA ISTIMEWA :  BUAH TANGAN MISTERI DARI XXX
2 X PEMBACA ISTIMEWA :  BAUCAR AEON BERNILAI RM50

Syarat Penyertaan:

#1- Follow Blog Prettilyrare (Wajib)

#2- Like Page Prettily Rare dan Follow/Add Friend Facebook Nana Ma (*Jika ada Facebook)

#3- Follow Instagram Dreamfantasia dan Prettilyrareblog (*Jika ada Instagram)

#4- Buat satu entry bertajuk "Saya suka baca blog Prettilyrare kerana..."dan backlink ke sini semula. serta tinggalkan link entry anda di bahagian komen post Giveaway ini....(*Optional)

#5- Baca dan tinggalkan komen anda pada 3 posts terkini blog Prettilyrare (Wajib)

#6-Jawab 3 soalan mudah (Wajib):

i.  Ke manakah destinasi pelancongan prettilyrare kali ini?
ii. Apakah aktiviti ekstrem yang dilakukan oleh blogger prettilyrare pada pelancongannya kali ini?
iii. Apakah post/posts prettilyrare kegemaran anda dan kenapa?

Jawapan boleh diperolehi menerusi Akaun Instagram Prettilyrareblog atau Dreamfantasia sepanjang tarikh kita melancong ke destinasi rahsia iaitu pada 20-22 September 2017:

Emelkan jawapan dan penyertaan anda ke han.marzuki@gmail.com sebelum 30 September 2017 dengan tajuk : Penyertaan Give Away Blog Prettilyrare: Destinasi Misteri

Serta berikan  butiran seperti berikut:

Nama Penuh:
Alamat Penuh:
Nombor Telefon:
Nama FB/Insta: (jika ada)
Nama/nama samaran/id untuk komen/follow di blog:
Link Entry: (jika ada)

Keputusan akan diumumkan pada 7 Oktober 2017.

Last but not least.... jangan main ngelat tau! Kita akan check sama ada korang menepati syarat ke idak. Sesiapa tak ikut syarat penyertaan, maka kelayakannya akan terbatal secara automatik. Dan seperti biasa, keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, sogok-menyogok, ampu mengampu adalah tidak dilayan. Ngehehehhehehe....

P/S: Tiket dan penginapan kita di sana telahpun dibeli. Doakan tiada aral melintang. Kalau atas takdir Allah saya tak dapat ke sana, giveaway akan terbatal serta-merta.

Review: Annabelle Creation & MMCineplex Platinum Movie Suites, eCurve

September 11, 2017 8
Review: Annabelle Creation & MMCineplex Platinum Movie Suites, eCurve

Salam,

Harini kita nak cerita tentang pengalaman menonton Annabelle Creation di MMCineplex Platinum Movie Suites.


Huhuhu...Bahagia je bila dapat jemputan wayang free untuk media dan blogger. Dekat Platinum Movie Suites pula tu. Thanks Sam sebab sudi jemput kita untuk Media Popcorn dan beri peluang untuk kita buat media relations dengan para-para otai media.

Kelas, e-invitation dia pon cantik. Simple and sweet

Kenapa tajuk kita juga review MMCineplex Platinum Movie Suites? Sebabnya kita rasa idea tengok wayang di Platinum Movie Suites ni memang sesuai sangat untuk dipraktikkan kalau nak adakan program Media popcorn, mini gathering, birthday celebration dan lain-lain, Sangat eksklusif gitu. Asyik buat birthday bash kat restoran je. Boring juga kan? Sekali-sekala movie bersama-sama, book the entire hall untuk tonton sesama bestfriend dan family pun sesuai sangat!

Sebelum movie start, biasalah. Kami akan mingle around dengan semua jemputan yang hadir. Ramai editor, reporter dan produser dari stesen-stesen TV dan suratkhabar yang datang. Memang powerlah PR Puncak Niaga ni. Dapat je jemput otai-otai yang biasanya schedule mereka tersangatlah pack.

Jom tengok sat cemana rupa MMCinpelx Platinum Movie Suites ni:

Cantik kau...depan tu siap ada lounge tempat lepak-lepak

Untuk makluman, Hall Platinum Movie Suites ni boleh memuatkan dalam 24 orang. Kerusinya boleh diadjust sehingga menjadi posisi baring. So sememangnya sangat selesa sekali bagaikan tengok kat rumah.

Yang best lagi kalau tengok movie kat MMCineplex Platinum Movie Suites ni, tak payah susah-susah nak bawak jaket lebih bagai. Sebab dalam pakej yang Puncak Niaga amik ni, diorang dah amik pakej selimut, popcorn, air mineral ngan hot drinks gitu.


Baru lagi, tak ramai orang lagi. Tau-tau dah full house je
Selimut. Uhuhu...siapakah manusia betuah akan duduk sebelah kita? Jeng jeng jeng
Selfie sat sementara menunggu manusia misteri

Kalau korang agak-agak nak order makan ke apa-apa pun boleh. Semuanya ikut bajet dan tema event korang pada haritu.

Kalau berminat nak wat event kat sini boleh contact MMCineplex kat 03-7727 0724 atau emel mereka kat corpbookings@mmcineplexes.com  .

Apa? Nak tau websites? Hishh.. Nah: MMCineplex Platinum Movie Suites

Okay, sekarang kita citer fasal Annabelle Creation pulak. Kalau korang tak pnah miss tengok citer Annabelle Creation sebelum-sebelum ni. Ha, kenalah tengok Annabelle Creation jugak. Mana boleh miss? Tapi kalau tak follow dari awal, pun boleh juga tengok citer ni. Sebab pengarah yang bijaksana ni pandai menyusun citer sehingga citer ni stand alone pun tetap faham jugak.

Annabelle Creation ni mengisahkan citer cemana leh wujudnya patung durjana berhantu setan yang dinamakan 'Annabelle' ni. Dan secara tak langsung mengaitkan dengan kisah pembunuhan ngeri dan seram pada 1967. Pembunuhan apa? Pembunuhan ibu bapa angkat Annabelle oleh Annabelle (si anak angkat durjana) dan boiprennya. Ni kisah benar. Annabelle ni memang kacang lupakan kulit. Penatlah mak bapak angkat limpahkan kasih pada dia, besarkan dia. Tapi dia bukannya reti bersyukur. Dah la tubuhkan kumpulan sembah setan (Satanic Cult), malah bunuh mak bapak angkat dia dengan kejam sekali.

Kisah ni juga ceritakan cemana setan boleh mula menghantui patung ngeri bernama Annabelle tu (walaupun hakikatnya patung sebenar Annabelle alahai comelnya) Biasa orang melayu kata bila kita dok puja-puja sesuatu benda ni, ha! Setan mulalah datang menumpang kan. Kiranya camtulah kisah dalam Annabelle Creation ni. Bila parents 'Bee' kehilangan anak dia secara mengejut, diorang tak tahan rindu kat anak dan mulalah melakukan perbuatan syirik dengan memanggil/menyeru roh anak mereka. Last-last skali roh anak ntah ke mana, ntah apa plak yang hinggap kat patung tu. Hishhh....seram mak!

Secara keseluruhannya, susunan citer ni dapat mewujudkan suasana seram. So bila ada je adegan-adegan ngeri, satu hall tulah berbunyi pekikan, makian dan sindiran. Ahahahhaa... Biasalah. Kalau watak dalam citer tu bijak benau, dah tak jadi dah citer seram yang korang tonton ni. Takyah marah watak tu bodoh, dah memang camtu citernya...And dah memang director ngan scriptwriter suruh wat lagu tu... So korang relax-relax sudah... takyah emosi kecuali emosi seram..

Kakak bagi 7/10 bagi citer Annabelle Creation ni. Sebab bagi kakak, tak cukup menakutkan lagi. Keh keh keh. Masih tak mampu membuatkan kakak berselubung je dalam selimut tebal yang diberi free tu.

Tapi good job kepada pihak Puncak Niaga sebab dengan Sesi Media Popcorn ni, semua otai-otai media dan blogger cenonet macam saya dapat saling berkenalan dan release tension. Nanti jemputlah lagi naaaa~~~





Gumbira

Baca juga:

Tempahan dan Penghantaran Kek Hanya 4 Jam Sebelum Dengan EatCakeToday.Com
Nikmati facial di rumah dengan Nadia Beauty Cartel
Pretty and Gorgeous Blooms From A Better Florist Malaysia
La Biosthetique Jamin Rambut Kuat dan Sihat
Sunfeet: Jenis Tapak Kaki Punca Sakit Kaki,Badan dan Pinggang
Happy Bunch Ceriakan Hari Yang Tersayang Dengan Jambakan Istimewa
Servis Tempahan Selempang Murah Parititothyme
Terapi Signature Warm Oil Amante
Rawatan Kolagen Beaute Library
Review: Toscana Medi Clinic