Pengalaman Di Jepun Yang Buat Kita Naik Loya !! (Tips Cari Makanan Halal Di Jepun) - Prettily Rare

Tuesday, 23 May 2017

Pengalaman Di Jepun Yang Buat Kita Naik Loya !! (Tips Cari Makanan Halal Di Jepun)

Hai kawan-kawan,

Harini kita nak share sikit pengalaman  food hunt kat Tokyo, Jepun Mac lalu. Satu pengalaman yang membuatkan kita loya anak tekak sampai sekarang.

Nak dijadikan cerita, trip to Japan kalini kita pergi dengan hakak kesayangan kita. Hakak kita ni orangnya muslimah, bertudung lengkap. So bila sampai kat Jepun, kita pun teringinlah nak makan takoyaki original Jepun. Memandangkan takoyaki ni ingredientnya hanya seafood ngan tepung, kita pun rasa no harmlah kan untuk makan. Tapiiiiiiii....tapiiii..... sebaik saja kita nak order, mamat Jepun yang jual tu geleng-geleng kepala tak bagi kita order. Kita pun heranlah...eh kenapa? Dia pun tunjuk minyak yang digunakan untuk grill takoyaki tu sambil ckp...'Cannot, this is pig oil'.

Tak ku sangka kau tak halal oh takoyaki


Ohmaigadddd! Terkejut mak! Terus loya tekak sambil berlalu. Seram sejuk lak rasanya and menyesal sebab pandang remeh isu makanan halal. Salah sendiri juga sebab take for granted sangat bila kawan-kawan kata senang nak cari Japanese food yang halal.

Okay fine. Tu cuma insiden pertama.. Insiden kedua ialah waktu kita ngan kakak kita jejalan kat street market kat Jepun. Sebab seram ngan insiden pertama, kitorang tak berani beli apa-apa pun. Pastu jalan punya jalan rasa berminatlah dengan satu gerai yang jual grilled crab. Amboi crab dia, sangatlah gebus-gebas. Tapi sebab terngiang-ngiang pasal pig oil. Akak kita ngan kita sekadar memerhati dari jauh. Sampailah ada sekeluarga Melayu ni datang beli.

Sampai hati hakak grill crab tak letak mirin tak letak lard tapi masak balik tempat yang sama

Apa lagi? Kitorang pun p lah menyibuk dengan penuh harapan. Huhuhu... Kotlah boleh rasa jugak. keh keh keh... So kita tengok this pompuan Melayu ni pon beli dengan konfidennya beli and makan. Kakak kita pun tanyalah, eh dik! Boleh makan ka?

Gadis tu pon explain, oh, kakak ni kata ni mirin (alkohol), ni lard (sambil tunjuk sebuku lemak babi yang bentuknya macam mentega tapi warna dia coklat-coklat skit), So kalau kita nak beli dia tak gunakan lard and mirin ni.

So akak kita pun jawab oh, sambil memerhati acik Jepun tu masak. Yang kitorang prasan, walaupun dia tak letak mirin and gunakan lard tu untuk masak ketam tadi, tapi dia panggang kat tempat yang sama. Maknanaya lard tu dah bercampurlah dengan minyak biasa tu. Erkkk.... Loyanya... 

Rupa-rupanya, bukan je kitorang je perasan pasal hal ni, makcik yang disyaki mak kepada gadis tu pun perasaan tempat masak tu bercampur, tapi gadis tu selamba je jawab, takpe. Darurat...

Erkkkk...maka double loyalah kami berdua.

Insiden ketiga pulak, masa kita ngan kakak kita p food hunting kat Harajuku. Masa tu berangan nak makan crepe. 


Oh crepe, ko nampak cantik menarik memang the bomb. Tapi tak halal

So dengan berpandukan tips daripada Have Halal, Will Travel (satu platform yang banyak kongsikan tempat-tempat makanan halal di destinasi pelancongan), kitorang pun p lah kat satu kedai jual crepe yang Have Halal, Will Travel rekemen... Heheheh... Konon gumbira sebab dapatlah makan crepe original made in Japan. Lol... 

Boleh refer cadangan makanan halal kat sini, tapi awas! Better double-check


Tapi teringat sebelum ni kitorang ada singgah kat sebuah masjid. Masjid tu ada sediakan kertas nota untuk memudahkan semua traveler aka pelancong untuk cari makanan halal. So terdetiklah hati,eh pekata try tunjuk kertas ni kat kedai crepe ni. To our surprise, sebaik saja kitorang tunjuk je kertas nota tu, terus org tu tak bagi kitorang order crepe kat situ! Ohmaigadddd!!

Sampai komot-komot dah kertas ni kitorang dok tunjuk kat orang-orang Jepun

Susahnya lahai nak cari makanan kat Jepun ni.

Bagi memudahkan uols-uols aka pembaca prettilyrare untuk cari makanan yang halal dan jauh dari syubhah, hakak nak kongsikan tips-tips berikut:

i. Cari siap-siap senarai restoran makanan halal atau produk makanan halal yang telah disediakan
    (sebaik-baiknya refer kat Halal Japan -fb page dan Road to Japan -fb group)
ii. Gunakan kertas nota yang hakak share kat korang in case korang rasa was-was or ragu-ragu.
iii. Alert dan jangan ambil mudah isu haram dan halal. Makanan yang nampak no harm macam kopi tu, tak semestinya halal ehhh!! Sebab memang terbukti banyak yang mengandungi ekstrak/gelatin babi
iv. Kalau korang rasa leceh sangat, bawak jelah makanan dari Malaysia nokkkk!! Hesh!Payah nau...

Satu jelah yang hakak rasa terharu. Orang Jepun ni memang jujur. Diorang takkan tipu uol just disebabkan diorang rasa rugi tak dapat wat bisnes. So baik hati. Hakak suka!!! So,  takyah risau kalau diorang tak jujur bila tunjuk kertas tu...

Sebenarnya terkejut juga selepas balik dari Jepun sebab bagi kita produk-produk makanan di Jepun memang lebih banyak yang tak halal berbanding negara-negara yang kita pernah pergi sebelum ini.

Maaf kalau kita kurang arif, tapi dari pemerhatian dan kajian kita (eceh!), produk-produk makanan or even makanan kat Jepun ni lagi susah nak cari yang halal jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Cina, Taiwan, Hong Kong, Thailand dan Korea kerana negara-negara seperti Cina, Taiwan, Hong Kong, Thailand etc ramai penganut Buddha. Jadi vegetarianism adalah sesuatu yang lumrah di negara mereka tapi Jepun tak. Jadi tak hairanlah kalau sup jagung atau kopi yang nampak 'harmless' kat Jepun pun mungkin mengandungi ekstrak babi (ya, jangan terkejut! )

Walaupun sebelum ni dah pernah travel pergi negara-negara Asia lain, tapi di kebanyakan negara yang ktia sebut tadi kurang menggunakan ekstrak babi/ haiwan sebab diorang pun pentingkan pasaran vegetarian, Jadi kalau makanan-makanan vegetarian, kita cuma perlu risau tentang pernggunaan alkohol. Kalau nak betul-betul yang halal, bolehlah cari yang strict vegetarian sebab kalau strict vegetarian, memang diorang tak ambil arak.

Walaupun Jepun sekarang dah mula mensasarkan pasaran Muslim iaitu majoriti dari Malaysia dan Indonesia bagi sektor pelancongan Jepun, tapi diharap orang ramai jadi lebih peka dengan isu-isu yang membuat kita loya ni.. hehehhe...

Daaa~~~

1 comment: