Review: The Banjaran Hotsprings - Prettily Rare

Tuesday, 17 January 2017

Review: The Banjaran Hotsprings

Salam,

Kalini kita nak review The Banjaran Hotsprings yang terletak di Ipoh. The Banjaran Hotsprings ni salah satu luxury resort yang ada kat Malaysia bawah Sunway Group. Tapi tak berapa famous. Why? Sebab target audience dia mungkin lebih kecil sebab dia sasarkan golongan high end, honeymooners, dan tak family friendly since kanak-kanak tak dibenarkan masuk.



Tapi kalau sekali sekala nak reward diri, ada duit lebih macam Tuan Ihsan, nakkan ketenangan, nak honeymoon berdua dengan yang tersayang tanpa gangguan, nak relax-relax saja, tempat ni memang sangat-sangat sesuai. 

Satu keunikan The Banjaran Hotsprings ni yang tak ditawarkan oleh resort-resort luxury lain, bagi kita ialah dia punya suasana. Suasana dia hutan, pastu ada hotsprings, pastu ada gunung-gunung batu kapur. Memang kat Perak jelah kan banyak gunung batu kapur ni. Biasa luxurious resort kat Malaysia ni kebanyakan selling point mesti pantai, laut,pantai, laut. Tapi The Banjaran Hotsprings pula, sangat unik sekali sebab dia tawarkan hutan, air panas (hotsprings), gunung batu kapur, gua dan juga air terjun.

. Keh keh keh.... Kakak suka! Asyik pergi tepi pantai je gelap u! Tapi kat sini makin beautiful lah kita sebab asyik berendam hotsprings sampai cair lemak-lemak semua. Lagi satu kawasan dia pun sejuk je sebab dikelilingi gunung serta dan flora fauna. Memang tenanglah.

Bilik yang ditawarkan oleh The Banjaran Hotsprings ada dua jenis iaitu Water Villa (1677 kaki persegi) dan Garden Villa (2808 kaki persegi) Kita dah pernah tengok kedua-duanya. Garden Villa jauh lebih besar dan luar daripada Water Villa dan ada gardennya sendiri. Tapi harga pun mestilah lagi mahal.

Yang paling gempak dan sesuailah dengan harga riban-riban yang uol bayar, setiap villa ada swimming pool dengan geothermal hotsprings serta jacuzzi sendiri. So, kalau malas takyah keluar bilik pun boleh.

Tapi kalau korang rasa tak keluar bilik pun tak rugi, korang memang silap besar. Sebab salah satu kelebihan yang The Banjaran offer adalah pelbagai kemudahan dan aktiviti yang memang menarik.

Antara kemudahan yang The Banjaran Hotsprings tawarkan termasuk:
-Geothermal Hot Dipping Pools
-Thermal Steam cave
-Ice Bath
-Meditation Cave
-Therapeutic Reflexology Pool
-Garra Rufa Doctor Fish Pool
-Crystal Cave
-Fitness Cenre


Manakala antara aktiviti yang The Banjaran Hotsprings tawarkan pula adalah berbeza mengikut hari antaranya:

-Jungle Walk
-Heritage Walk
-Yoga Class
-Visit to Pomelo Farm
-Taichi Class

Yang bestnya, pengunjung yang menginap di sini juga diberikan akses percuma untuk ke Sunway Lost World of Tambun yang cuma terletak di belakang resort ni je. Lagipun walking distance sahaja. Kalau boring-boring dok hotel tetiba rasa nak adventure pula, pergi jelah melencong jap pergi Lost World of Tambun tu

Oh ya, bagi yang nak propose or honeymooners lak, korang bolehlah pergi makan kat Jeff Cellar aka sebuah gua unik kat The Banjaran ni ala-ala candlelight dinner. Pengalaman barulah. Asyik dinner tepi pantai je.

Okay, cukuplah membebel. Jom kita jenguk gambar pulak:













Ahahaha... terbalik. Korang leh pilih nak air Geothermal, Hot water ataupun Cold water

Selfie sat

Ipoh kan popular dengan limau pomelo ni, welcome gift pon bagi pomelo


Free semuanya

Siap ada insect repellent tu. Kakak suka



Mandian dia best!! Harum

Di dalam almari. Ada safe.

Tak tahu apa motif ambil gambar ni


Ada ruang tamu kat luar. Memang luas

Ni gambar luar villa. Kalau rajin, minta villa view gunung kapur. Memang superb


Hotspring yang sentiasa berasap

Swimming pool. Bila ada air panas, apa kelas layan pool kan?

Ni pintu masuk ke Jeff Cellar. Cellar tu tempat simpan wine


Koleksi peribadi owner The Banjaran

Riban-riban wooo ni. Leh tengok saja.

Crystal dalam crystal room. 

Lighting dalam crystal room. Sesuai untuk bermeditasi

Malam-malam sejuk-sejuk pergi celup kaki kat air panas

Reflexology pool dan garra ruffa doctor fish pool



Air terjun

Meditation cave




Pros:
Aman damai
Tiada kanak-kanak bawah 12 tahun dibenarkan
Sesuai untuk honeymoon
Tempat sesuai untuk relax dan nature escape
Ambience memang superb
Tak ramai orang sebab ehem-ehem... faham-fahamlah kan
Banyak facilities percuma

Cons:
Hanya ada satu restoran makanan terlalu sihat, tak banyak choice. 
Tak menepati tekak and cita rasa kita
Not family friendly since tak boleh bawa kanak-kanak
Last sekali, not pocket friendly... kih kih kih

No comments:

Post a Comment