Percutian ke Taichung, Taiwan - Prettily Rare

Wednesday, 10 February 2016

Percutian ke Taichung, Taiwan

Helo everibadi!


Dah lama kakak tak buat senaman jari-jemari untuk menulis blog. Harini saja nak cerita pengalaman pergi Taichung, Taiwan. It was last year I went to Taiwan台灣. Pergi dua tempat: Taichung and Taipei.

Untuk mereka2 yang pergi ke vibrant city, Taipei is highly recommended. Sesiapa yang suka melancong ke bandar-bandar besar, bolehlah pergi ke Taipei. Ibu kota Taiwan. Tapi kalau yang suka melancong untuk bersiar-siar mengamati pemandangan, You can go to Taichung or Tainan.

Mula-mula kakak citer bagaimana Taiwan namakan tempat-tempat ni. Cara diorang namakan province diorang ni sonang je. Bei (pei) tu utara. Nan (Nam) tu selatan. Zhong tu tengah. Tai tu plak perkataan pangkal bagi Taiwan. So, dengan erti kata lain, Taipei台北 tu Utara Taiwan, Taichung 台中tu bahagian sentral or tengah Taiwan dan 台南Tainan tu bahagian Selatan Taiwan. Mudah saja.... Kalau korang nak tau lagi, Taiwan punya wan 灣tu maksudnya Teluk... So maknanya negara Taiwan ni Teluk Tai.. Taiwan ni sebuah pulau... 



Eh... makin merepek lak kakak ni. Bukan dik, bukan kakak merepek. Cuma haritu nampak ada satu artikel pasal perbezaan antara Thailand ngan Taiwan. Yeler... satu Thai satu Tai. Pastu ramai yang konpius.. Xyah konpius... Mat salleh je kot yang konpius... kita yang dok Malaysia ni nak konpius apa? Thailand atas negara kita saja... negara jiran. Taiwan jauh weh. Empat jam penerbangan.


Oklah... sambung cerita. Kalau g China haritu kena visa, g Taiwan tak perlu pon.. Unless panjang sangat stay korang tu. N kalau China tu macam2 dia block, Taiwan ni sumer boleh online. Yang paling kakak suka kat Taiwan ni, internet dia lajuuuuuuu. Macam boleh terbang. Ngahhahahahaha... I loike.

Okeh2... Kakak pergi Taiwan ni solo je. Tak kisah pun g solo sebab bahasa rasmi Taiwan ialah Mandarin. Kakak reti baca n bertutur dalam Mandarin. So, no problemmmmmm.(sambil kembang kempis idung sebab penuh yakin). Tapi keburukan travel solo ni, xbanyaklah gambar posing2 macam kat Chengdu tempoh hari. Sob sob sob. And bila travel solo tuuuuu.... Hmmm... Kemalasan selalu melanda diriku.

Oh ya, kalau korang nak travel bajet kat Taiwan ni, ala-ala backpacker macam kakak ni, korang kenalah make sure lutut and kaki korang tu cukup kuat... Kesimpulan yang kakak dapat daripada pelancongan kali ini ialah: orang Malaysia memang pemalas. Jalan pun malas. (kita ler tuuuu) Bila kena g travel, xde own transport. Lenguh ler satu kaki sampai ke badan2 lenguh. Rasanya jalan-jalan kat Taiwan 9 hari tu, dah macam kakak jalan kat Malaysia ni 3 bulan dah!! Entah2 tempoh 3 bulan kat Malaysia pun tak jalan sebanyak tu. Sob sob...


Baiklah, baca sampai sini mesti korang dah peluh2 sebab panjang giler intro kakak... pfftttt..


Hari pertama sampai je Taoyuan International Airport桃園國際機場, kakak pun bergogas pergi kat kaunter Telco yang ada airport untuk beli SimCard. kakak beli 台灣大哥大. Jenama telco besar kat sana. Habis dalam RM100 kot (NTD800)... Lau tak silap. Ni untuk 10 hari. Wokeyh la, travel sorang, data tu penting. Camner nak google jalan bagai kalau xde data? Kalau kakak on roaming Maxis yang cekik darah tu je, sehari RM38. 9 hari dah RM342. Gila kau???




Setelah tukar simcard dengan jayanya. Kakak pun gembira. Pastu kakak tros gi bas station yang ada kat airport tu... Airport diorang kelas juga. Ada tren, bullet tren ada bas and teksi sumerlah....  Kawan kakak yang dah pergi sana suggest naik bullet train untuk g Taichung. Tapi gila kau! Mahal weh.  (PS: Bullet train ni diorg panggil HSR. Ada gak keretapi g sana tapi lembep. Kakak tak suka) Kakak nak save budget, so kakak naik bas sajeeee. Kakak naik bas KuoKwang 國光客運. Kalau kat Malaysia kira macam transnasional lahhhh.... Tambang baru NTD 250. Kalau naik HSR tu NTD 700 kakak habis tau. Memandangkan kakak travel ala-ala santai, tak kejar masa. Baik kakak naik bas je. 

Setelah travel selama hampir 3 jam by bus tuu, kakak pun sampailah ke Taichung Main Station台中車站. Hotel kakak beberapa tapak je dari situ. Sebelah je Taichung

Station tu. Pilih sini sebab senang nak naik bas ke mana-mana saja. Blakang Taichung Main Station tu plak, ada keretapi Taichung. So nak g memana pun senang.



Sampai-sampai, apa lagi? Check in ler wehhhh! Penat! Sampai pun dah pukul 6. Oleh kerana kakak pergi Taiwan bulan November. Cuaca sangat sejuk! Dan cepat gelap Kol 5 je dah gelap. Kol 6 tu dah macam jam 9 malam....

Kakak menginap kat Plaza Hotel達欣商務精品飯店, betul2 sebelah Taichung Station tuuuu. Nampak tak kat gambar yang kakak tepek tuuu? Hotel ni kira oklahhhhh.... Yang ni kawan yang rekemen. Location wise memang daboom! Servis hokey2 je.

                     


Apa? Tak nampak? Meh hakak zoooom jap.



Cakap pasal hotel kat Taiwan ni, kakak excited sebab most of them ada provide Laundry Room. So leh cuci pakaian secara percuma. Kakak bawak baju pun berapa helai jeee.... Beg berat sebab maggi ngan milo ngan roti bagai. Yerlah, sana cari makan susah. So, kakak memang cuci baju kat bilik laundry je.... Sabun pun takyah bawak. Diorang provide. Pastu ada dryer skali.. Gebus je pakaian lepas dah kering. Weeee...


Nilah bilik kakak. Kakak nak murah. Sebab bajet weh bajet. So, bilik kakak xde window. Sedeh!



Masuk2 bilik je tros kakak merebahkan diri kat atas katil sambil mengeluh kepenatan... Penat! Penat!!!


Nak tau apa kakak buat lepas tu? Bersambung Part 2 plak t.. Penat dah menulis. Penat! Penat!

7 comments:

  1. Salam kak. Sy plan nak pegi taiwan oct 2016, lonesome travelling. Agak2 kalau 5 hari tu boleh tak cover dari taipei sampai taichung? Itinery kak masih simpan ke? Kalau ade sy nak copy la.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMELAH SY P 28 SAMPI 31 OKT HARAP2 DAPAT JUMPA

      Delete
    2. salam...sy pg 29-31/10...tolonnnn..x pernah pg lgi ni..

      Delete
  2. SAMELAH SY P 28 SAMPI 31 OKT HARAP2 DAPAT JUMPA

    ReplyDelete
  3. Cuaca mcmana? Sejuk amat tak.. november

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Huhuhu...asyik kemalasan nak sambung part 2... Maaf

      Delete