Percutian ke Chengdu: Sediakan visa anda sebelum berlepas (Part 1) - Prettily Rare

Tuesday, 30 September 2014

Percutian ke Chengdu: Sediakan visa anda sebelum berlepas (Part 1)

Salam semua,


Kali ini saya nak cerita sedikit sebanyak tentang percutian saya ke Chengdu, China.
Untuk ke Chengdu atau mana-mana tempat di China, kita perlu mempunyai passport dan visa.

Camner nak wat visa? Senang je, kalau pergi ngan travel agency, travel agency akan uruskan. Nak pergi sendiri pun boleh minta travel agency uruskan. Janji bayar je. Tapi kalau nak buat sendiri, berikut adalah apa yang anda perlukan:
1. Passport
2. Flight Itinerary
3. Visa photo (white background)
    Jangan berangan nak pakai gambar background biru, t kena reject. Padan muka
4. Accommodation details (hotel booking etc tapi ni biasanya optional)


Kalau upah agency biasanya kena RM140 dan ke atas. Tapi kalau wat sendiri, RM75 je.
Borang boleh download di sini http://www.visaforchina.org/

Kalau wat sendiri, download je siap2 form, isi siap2 n then boleh hantar ke sini:

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur,


Level 5 (Application) & Level 6 (Collection).
Hamsphire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm)
Collection : (9am-4pm).

Senang je.... Lagipun servis kat sini sangat-sangatlah efisien. Cepat giler!!! Saya bagi 5 bintang. Mudah je!!

Peta ke Hampshire Office
Inilah tempatnya, ingat tau, nak buat kena gi tingkat 5, Nak collect kena g tingkat 6.


Entry lain saya akan ajar camner nak cari makanan halal di Chengdu n antara tempat-tempat menarik di Chengdu pula. Da~~


Baca juga:

Percutian ke Chengdu (2): Tempat-tempat Percutian Menarik di Chengdu
Percutian ke Chengdu (3): Tips Melancong ke China

No comments:

Post a Comment