Saya nak perempuan yang boleh hidup susah dengan saya. Ko pehal? - Prettily Rare

Thursday, 7 August 2014

Saya nak perempuan yang boleh hidup susah dengan saya. Ko pehal?

Salam semua,

Harini saja nak membebel skit. Tengah geram dengan kebanyakan kaum lelaki sekarang ni. Yang tak ada kejantanan langsung. Yang nak mudah saja. Yang nak senang saja. Yang nak menyusahkan saja. Pffttt....

Ok, bagi adik2, kakak, acik2, makcik2 di luar sana. Awas ya dengan perangkap lelaki yang xde kejantanan macam ni. Yang selalu cakap 'saya nak perempuan yang boleh hidup susah dengan saya'. Kalau org yang korang suka pernah ckp camni ngan awk, sila cabut lari. Ya! Diulangi sekali lagi, cabut lari!!!!!

Ni nak bagi tips ciri-ciri suami yang perlu korang cari. Diulangi sekali lagi. Ciri-ciri suami. Kalau agak2 orang yang nak dibuat laki ckp cmtu, sila terus tolak 80 markah. Kenapa? Baca smpai abis la!!

Ok, first of all, mesti ramai nak condemn saya. Ni mesti tak boleh hidup susah ni. Ni mesti demand ni. Ni mesti nak senang je. Ni mesti tu mesti mesti bla bla bla..... Lantak korang lah nak condemn apa. Tapi ni tips penting, kenapa nak bagi tips kt orang? Sebab saya tak nak korang pas dah terkena, pastu cakap, apsal lah xde orang beritahu aku dulu.

Skrang saya nak rungkai. Ok, lelaki yang sepatutnya atau sememangnya lelaki. Dia bertanggungjawab, berkemimpinan, berkarisma, beriman, beramal....bla bla bla...The list goes on.  Cuba korang kaji balik bila seseorang tu ckp, 'saya nak perempuan yang boleh hidup susah dengan saya'. Apa yang korang nampak? Apa? Tak nampak? Haish!! Yang saya nmpak, orang yang sanggup cakap ayat sengal cmni, adalah seorang lelaki yang TAK BERTANGGUNGJAWAB. Diulangi sekali lagi, TAK BERTANGGUNGJAWAB.

Sorilah, saya bukannya orang yang tak bleh hidup susah and bla bla bla apa yang korang nakcondemn. Tapi saya tak boleh terima kalau lelaki tak bertanggungjawab. Lelaki yang bertanggungjawab takkan sesekali cakap, saya nk perempuan yang boleh hidup susah dengan saya. Ni maksudnya awal2 lagi dia expect dia akan hidup susah (n tu sebab pilihan dia, bukan sebab takdir pon) n dia nak susahkan korang, tapi korang kena sabar, terima, pasrah, redha, xleh merungut. End up, korang lah yang akan bertungkus lumus menyenangkan hidup, walhal tu kan tanggungjawab dia... Pffftttt!!!

Seorang lelaki yang bertanggungjawab, takkan pernah biar isterinya hidup susah. Susah macam mana pun, dia akan biar dia sendiri yang tanggung, dia yang galas. Bini dia? Dia biar hidup senang, tak rasa susah. Kt sini bukanlah senang tu bermakna mewah. Tapi apa tanggungjawab dia, dia akan pikul, takkan biar bni dia yang pening2 pk kan masalah untuk dia.

Saya pernah nampak seorang pasangan India yang merupakan jiran lama saya. Husbandnya hidup sebagai pekerja am je. Wife dia plak tak surirumah sepenuh masa. Pendapatan sebulan ciput je. Tapi saya rasa wife dia lah orang yang paling bahagia dengan kehidupan dia. Walaupun pendapatan xbyk, hidup tak mewah, tapi kelengkapan semua cukup. Suami sentiasa teman, tak pernah miss celebrate birthday anak2, siap buat jamuan kecil2lan untuk keluarga, kawan ngan jiran2. Cuti sekolah n perayaan mesti bawak anak jalan2. Saya pun pernah interview sendiri wife dia. Dia kata, masa awal2 nak kahwin, dia baru belasan tahun. Suami pula 20-an. Mak bapak dia tak bagi kahwin, takut dia hidup susah. Tapi dengan yakin dia cakap suami dia takkan biar dia hidup susah. N dia kata tak pernah menyesal kahwin dengan suami dia. Sebab walaupun tak mewah, tak kaya raya, kehidupan mereka cukup sempurna.

See!! Itulah ciri kebertanggungjawaban seorang lelaki yang perlu dicari. Takkan biar perempuan hidup susah dengan dia, walaupun dia sesusah mana. Bukannya awl2 lagi dah ngaku kalah, nak perempuan hidup susah ngan dia. Perempuan berakal mana2 pun tahu, hidup ni ada pasang surutnya. Ada susah senang. Tapi tak bermakna perempuan tak leh hidup susah. N yang paling penting, kalau ko lelaki. Ko takkan biar perempuan ko hidup susah!!

Nah! Ni sesuatu yang perlu difikir2kan....sebab lelaki wat perempuan hidup susah n susahkan pompuan lah, pompuan jadi camni.



Peace.




No comments:

Post a Comment