Kenapa Pilih Produk Kecantikan Tempatan? - Prettily Rare

Tuesday, 1 July 2014

Kenapa Pilih Produk Kecantikan Tempatan?

Salam,

Harini saya nak cerita pasal produk kecantikan. Sejak bila korang start pakai produk kecantikan?Saya start pakai sejak masuk Form 1. Masa tu kakak yang bagi calit krim muka dia.

Kakak saya cantik, dia pun pandai jaga kecantikan. Bebel2 dia sebab saya tak pandai jaga kecantikan and penampilan. Dia ajarlah saya lumur lendir lidah buaya kat muka untuk cantik. Leh tegangkan kulit and melembap kulit. Dia kata kalau nak cantik, kena start dari muda. Kalau tak, dah terlambat nanti susah. Dah kerepot baru terhegeh2 nak sapu itu ini, memang sorrylah. Ok. Sejak dari hari tu, macam2 lah produk saya cuba.

Kebanyakan produk yang saya cuba adalah produk over-the-counter. Maksudnya produk yang kita boleh cari kat shopping complex and farmasi macam Tesco, Guardian, Giant, Watson dan seangkatan dengannya.

Saya jenis yang setia (ahaks!) so, saya jarang-jarang tukar produk. Kalau pakai ok, memang malas saya nak tukar. Lagipun, tak elok asyik tukar2 produk. Yelah, belum sempat produk tu menunjukkan kesan, dah tukar baru. Bukan ke xadil macam tu? Patut bagilah sekurang-kurangnya masa 3 bulan untuk nampak kesan UNLESS pakai2 je kulit terus merengsa atau meradang. Maknanya memang produk tu tak sesuailah dengan kulit acik-acik, kakak-kakak ya?

Masa tu saya perasan sedara-mara saya yang lebih kurang usia dengan saya, memang suka pakai produk-produk tempatan. Biasanya produk ni susah skit nak dapat kat kedai-kedai besar ni. And biasanya produk-produk ni jual menerusi pengedar. Kat toko kecik or kat kedai2 jamu.

Saya memang anti skit sesetengah produk camni sebab kebanyakannya ada bahan terlarang. Xpun, produk repack (repackaging) daripada ntah mana-mana produk yang diimport dari luar negara contohnya Thailand ngan Indonesia.  So, risiko untuk kulit bermasalah lagi tinggi daripada produk over-the counter.

Yelah, produk over-the-counter memang wajib dapat kelulusan KKM. Tapi produk2 toko ni kureng skit. Ada yang kamikaze berani mati giler jual kat pelanggan tanpa kira bahaya produk diorg. Waktu tu saya tak pernah pakai lagi produk-produk tempatan ni. Sebab takut. Mana taknya? Tengok sedara-mara saya yang pakai, mula-mula je cantik. Pastu harem! Menderita tau kulit tak cantik. Tak de keyakinan nak g mana-mana. Sembunyi ajer kat rumah.

Bila dah sampai usia ni (Oops... umur dirahsiakan. Jangan tanya banyak please) saya baru berani start pakai produk tempatan. TAPI!! Ada tapi tau. Saya akan buat research untuk make sure produk tu memang halal dan thoyibban serta mendapat kelulusan daripada KKM. Pastu saya pun akn research pasal produk tu sampai ke lubang cacing untuk tahu ada apa2 tak yang tak kena dengan produk tu. Kalau agak2 ada negative feedback, memang jarang saya nak cuba. Takut tau!!! Kulit adalah organ terbesar manusia. Lagi2 kulit muka. Nak kena bawak sana sni jumpa orang. Lau kita tengok pon xselera, apa lagi orang lain kan? Sob sob... saya pernah melaluinya.

Ok... setelah bercerita panjang lebar, barulah saya nak citer kenapa sekarang saya dah beralih dari produk  over-the-counter yang biasanya produk international ke produk tempatan. Sebab utamanya adalah kerana produk international ni lebih 'general'. Yelah, produk tu dirumus khas daripada pakar-pakar kulit yang kat overseas. Ya, ya...mesti awak kata ia dirumus khas untuk kulit Asia. Tapi pernah tak terfikir definisi kulit Asia tu sangaaaaaaaaaaaaat luas. Negara Cina pun Asia,  Korea pun Asia, Malaysia pun Asia. Besar giler tau tak Asia tu!! Kalau Cina, Jepun, Korea, diorang ada 4 musim tau. Kita? Yang kat Asia Tenggara ni? Harem.... Cuaca panas nak mampus. Kalau korang selalu cuba produk over-the-counter international ni, korang akan perasan ia lebih berminyak. Tu sebab untuk cater pelanggan2 4 musim tu. Bila kita yang memang berpeluh and kulit berminyak ni pakai, jadilah ladang ternakan jerawat and liang pori tersumbat.

Ha.... Dari dulu lagi saya dah perasan. Tapi saya pkai je sambil ternak jerawat. Sampailah satu masa, saya decide untuk bertukar ke produk tempatan yang berkualiti. Dah sah-sahlah ia dirumus untuk kita dan cuaca di sini. Yeay!!! Lagipun, siapa lagi nak support produk tempatan kalau bukan kita kan???

Ok, sampai di sini bebelan saya hari ini. Da~~~

Baca juga tentang:
Tips Picit Jerawat
Tips Pilih Sunscreen dan Sunblock
Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?







No comments:

Post a Comment